‘Allahuakhbar! Syukur dah buka mata’ – Abang Siti Sarah dah sedar

‘Allahuakhbar! Syukur dah buka mata’ – Abang Siti Sarah dah sedar

Sebelum ini, pelawak dan usahawan Shuib memohon doa daripada orang ramai agar mendoakan abang kepada Allahyarham Siti Sarah kembali stabil.

Terbaharu, Ahmad Firdous dikatakan sudah buka mata setelah ditidurkan sejak 5 pagi semalam.

 

Ahmad Firdous dah sedar

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shuib di Facebook, dia memberitahu bahawa Ahmad Firdous telah sedar daripada ditidurkan selepas kondisinya berada dalam keadaan yang tidak baik.

Allahuakbar! Allah Maha Besar! Syukur dah buka mata! Terima kasih pada yang mendoakan.

Tapi kita sambung doa untuk yang lain yang sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat! Balik jumpa keluarga. Amin syukur Ya Allah.

Difahamkan, Ahmad Firdous telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor dan dia telah ditidurkan bagi membolehkan paru-parunya berehat.

Sumber : shuibsepahtu