Alif Satar dapat bersua muka dengan Mufti Menk & imam Masjidil Haram, sekali pakej bergambar

Alif Satar dapat bersua muka dengan Mufti Menk & imam Masjidil Haram, sekali pakej bergambar

Menghampiri hujung tahun 2022, ramai yang mulai mengambil cuti dan pergi merehatkan diri bersama keluarga ataupun kenalan.

Bagi selebriti terkenal, Alif Satar, dia dan ahli kumpulan Alif Satar & The Locos, mereka telah mengambil keputusan untuk berangkat mengerjakan umrah bersama-sama.

Dapat bertemu Mufti Menk

Perkongsian Alif di Instagram sewaktu berada di Madinah benar-benar membuatkan ramai ‘cemburu’ apabila secara kebetulan bertemu dengan ulama’ terkemuka dunia, Mufti Menk.

 

Niat memang nak jumpa

Dia yang sempat bergambar dan bercakap sebentar dengan ulama tersebut mengakui begitu teruja apabila sebelum ini hanya mampu melihat di media sosial sahaja.

Ujar Alif lagi, sebenarnya dia memang berniat mahu bertemu dengan Mufti Menk dan sempat bertanya kepada petugas kebersihan di masjid berkenaan tentang keberadaan ulama berkenaan.

“Saya menonton IG live beliau dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya..Saya tahu ia agak sukar di tengah lautan manusia. Siap tanya cleaner  lagi ada jumpa Mufti Menk tak? Tapi dia kata tiada,
“Dalam hati saya berkata “InsyaAllah.. kalau rezeki saya, Allah akan tunaikan”. Kemudian, dengan kuasa Allah, beliau muncul dan berdoa di sebelah saya. ALLAHUAKHBAR. Saya sangat gembira bertemu dengannya secara peribadi.
Terima kasih untuk semua video yang anda lakukan, ia membantu saya melalui masa yang sukar. Semoga Allah memudahkan segalanya untuk anda. AAMEEN,” tulisnya.

 

 

Mufti Menk respon di Instagram

Mufti Menk turut meninggalkan komen di ruangan Instagram Alif dengan berdoa agar selebriti itu terus berada dalam kasih Sayang Allah.

MasyaAllah rezeki betul!

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata daripada mereka memuji kebesaran Allah dan terharu dengan kisah hebat dari Alif Satar di Tanah Suci.

Ada juga daripada mereka turut berdoa suatu hari nanti dapat bertemu dengan ulama besar itu dan berharap ibadah yang sedang dikerjakan Alif serta rakan-rakannya dipermudahkan Allah S.W.T.

Memang bertuah sangat

Banyak kita belajar tentang konsep rezeki

Tak ada yang mustahil

Allah makbulkan doa yang baik

Banyak sangat ‘magic’ Alif

 

 

Sumber: Instagram Alif Satar