“Alhamdulillah” – Anak luah rasa syukur Zahid Hamidi dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri

“Alhamdulillah” – Anak luah rasa syukur Zahid Hamidi dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I di bawah pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Malah, turut diumumkan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Berita itu membuatkan ramai terkejut dan sudah menyangka bahawa Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM memandangkan tular kenyataan beliau mendapat sokongan di kalangan ahli Barisan Nasional.

Nurul Zahid syukur bapa jadi Timbalan Perdana Menteri

Terbaharu, anak perempuan kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah meluahkan kesyukuran apabila bapanya dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi.

“Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”tulisnya pada hantaran berkenaan di laman Instagram.

 

Tahniah!

Hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah atas lantikan Ahmad Zahid sebagai salah seorang orang kanan penting dalam pembetukan Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Nurul memuat naik sebuah video mengenai ayahnya bersama penyokong Barisan Nasional (BN) sambil menulis kapsyen kata-kata semangat supaya tidak berputus asa.

“Orang sabar selalu menang. Orang tamak selalu rugi. Orang marah selalu kalah. Orang baik selalu diuji,”tulisnya yang diakhiri dengan emoji hati berwarna biru.

 

@dnznurul

Orang sabar selalu menang Orang tamak selalu rugi Orang marah selalu kalah Orang baik selalu diuji 💙

♬ Sakit – Zynakal & Yonnyboii

 

Sumber: Instagram @nurul.zahid, TikTok @dnzurul