Ingkar disiplin sekolah agama,cikgu bakar telefon bimbit pelajar

Ingkar disiplin sekolah agama,cikgu bakar telefon bimbit pelajar

Tindakan beberapa pelajar di Indonesia yang dipercayai melanggar peraturan sekolah agama mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru.

Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram.

Guru bakar telefon bimbit pelajar

Menerusi video pendek tersebut, dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.

Pada mulanya guru ini telah menyita kesemua telefon pelajar yang berjaya dirampas. Selepas itu, para guru bertindak untuk membakar telefon bimbit yang dirampas agar dijadikan pengajaran buat para pelajar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil dan mencadangkan denda yang lebih bersesuaian. Difaham sekolah agama atau dikenali sebagai pesantren di Indonesia meletakkan syarat yang ketat kepada pelajar antaranya dilarang membawa telefon bimbit namun arahan tersebut sama sekali tidak diendahkan sesetengah pelajar.

Sangat mendidik! Zaman sekarang semua pelajar perlukan telefon untuk proses pembelajaran.Kenapa guru tersebut bertindak sedemikian.

Mungkin ada cara lain yang lebih. Bukan semua pelajar berkemampuan untuk mempunyai telefon. Peredaran zaman sekaran langsung tidak sama seperti zaman dahulu.

Ya betul ini mahu beri pengajaran. Tapi banyak cara lain yang lebih berkesan daripada membakar kesemua telefon tersebut.