“Aku tak puas hati dengan..” Achey nak cari rumah KhairulAming, nak jugak makan sedap!

“Aku tak puas hati dengan..” Achey nak cari rumah KhairulAming, nak jugak makan sedap!

Siapa je yang tak kenal dengan personaliti media sosial terkenal, Khairulaming ni kan? Lagi-lagi dalam bulan Ramadan ini, resepi-resepi yang dikongsinya setiap hari sentiasa ditunggu-tunggu ramai. Perkongsiannya itu juga turut menarik perhatian Achey yang begitu tidak puas hati melihatnya. Sampaikan dia memuatnaik video bertanyakan lokasi rumah Khairul Aming!

Telatah lucu yang dikongsikan Achey ini turut mengundang ketawa ramai apabila dia tidak berpuas hati dengan rakan-rakan serumah Khairul Aming. Mana tidaknya, mereka ini dikira sangat beruntung kerana dapat merasai masakan yang dimasak sendiri oleh Khairul Aming hampir setiap hari. Itulah yang membuatkan Achey begitu ‘geram’ dan mahu menjadi rakan serumahnya juga.

 

Macam yang dikongsikan di dalam video ini, Achey mengatakan dia juga mahu menjadi rakan serumah lelaki itu untuk merasai sendiri masakannya. Kalau anda nak tahu, Khairul Aming sering berkongsi juadah menu bersahur yang sangat menyelerakan setiap hari. Jadi, boleh dikatakan rakan-rakan serumahnya memang sangat beruntung dijamukan pelbagai jenis makanan setiap hari.

Gelagat Achey yang tidak berpuas hati ini membuatkan netizen turut sama terhibur. Selain daripada memintanya untuk bersabar, ada juga netizen yang sama-sama tidak berpuas hati dan mahu turut sama menjadi rakan serumah kepada Khairul Aming. Barulah dapat menikmati masakan yang dimasak personaliti media sosial ini setiap hari.

“Sahur makan apa ni jadi macam ni Achey.”

achey

“Marah sangat tu bang. Retak nanti kamera depan tu.”

khairulaming

“Amboi sampai nak pergi rumah nak berbuka makan kat situ sekali ye..”

komen