“Aku tak menyorok la…, silap orang kau cari gaduh” kes Syamsul Yusof elak ditemubual wartawan

“Aku tak menyorok la…, silap orang kau cari gaduh” kes Syamsul Yusof elak ditemubual wartawan

 

 

 

 

Baru-baru ini, salah sebuah portal tempatan mendakwa pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyorok daripada ditemubual oleh mereka ketika berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut, semalam.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati yang tercetus mengenai laporan kisah rumahtangga pengarah tersebut.

Syamsul bersuara -“Aku tak menyoroklah!”

Terbaru, anak kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh portal tersebut menerusi hantaran di laman Instagram. Jelas Syamsul, dia tidak pernah menyorokkan diri daripada mereka.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mstar? Aku tak menyoroklah”- tulis Syamsul dalam hantaran di laman Instagram miliknya.

Nak aku datang ofis cari penulis ke?

Tambah pengarah berusia 38 tahun itu, tajuk utama yang ditulis oleh portal tersebut seolah-olah mengundang dirinya untuk hadir ke pejabat media tersebut dan mencari penulis artikel berkenaan.

” Nak aku datang pejabat dan cari penulis untuk menyembur depan muka? Hal ini tak mainlah dalam media.

“Cabar aku, nanti aku sampai, aku cari. Silap orang kau cari gaduh, wahai wartawan,”tegas Syamsul.

Nanti abang sampai, okey?

Syamsul meluahkan ketidakpuasan apabila melihat sesetengah pihak yang cuba mencari masalah dengan dirinya, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa pun yang menyakitkan hati.

Pada masa yang sama, Syamsul yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda meminta pihak berkenaan agar menunggu kehadirannya ke pejabat mereka

“Nanti abang sampai, okey?”katanya.

Terdahulu, Syamsul dilaporkan tidak hadir ke malam tayangan perdana filem Mat Kilau yang diarahkan olehnya kerana mengalami demam panas seperti yang dilaporkan oleh adiknya, Syamin Yusof.

 

 

Adik perjelas -“Dia demam panas…”

Isu hangat yang melibatkan rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah masih hangat menjadi bualan warganet. Mana tidaknya, baru-baru ini timbul spekulasi mengatakan pengarah berusia 38 tahun itu bakal berkahwin dengan ‘kekasih hati’, Ira Kazar.

Sehingga kini, pihak media masih menunggu jawapan daripadany tuan empunya badan sendiri mengenai khabar angin tersebut.

Syamsul tak hadir tayangan filem Mat Kilau?
Terbaru, kelibat pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof sebagai pengarah filem Mat Kilau tidak kelihatan sepanjang enam jam majlis tayangan perdana berlangsung di GSC, The Starling Damansara, Selangor, semalam.

Syamsul tak sihat

Memetik laporan Utusan Malaysia, ketidakhadiran sutradara filem epik sejarah tersebut adalah kerana kurang sihat dan perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Studio Kembara dan Penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Mt Dali.

“Maaf, dia tak dapat hadir. Dia beritahu tidak berapa sihat,”katanya ketika ditemui oleh pihak media selepas tamat tayangan filem tersebut.

Adik cakap abang demam panas

Adik Syamsul, Syamin Yusof memaklumkan abangnya itu sebenarnya mengalami demam panas sedikit dan cuba berusaha untuk hadir ke tayangan perdana pada malam tersebut.

“Dia memang nak datang tapi mengalami demam panas. Saya nasihatkan dia lebih baik tidak hadir ke majis tersebut.

“Bgaaimanapun, dia kata akan datang berusaha datang,”ujar Syamin.

Bapa malas komen, biarlah Syamsul selesaikan sendiri masalah dia
Selain itu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam diasak pertanyaan bagi mengulas mengenai spekulasi panas anaknya itu. Namun, enggan mengulas mengenai hal tersebut kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perkara ini susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.

“Benda ini, kalau saya komen, akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak. Serba salah saya dibuatnya,”katanya lagi.

Ujar Yusof Haslam, perkara tersebut adalah wajar sekiranya individu tersebut yang menjawab sendiri dan berharap agar anaknya itu tidak patah semangat bagi meneruskan perjuangan menyelesaikan masalah.

“Soal ini biarlah Syamsul jawab. Lagipun tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana. Tidak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan.

“saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm, Mstar