“Aku pergi kerja nak cari duit..” Wanita dirogol ketika servise penapis udara di rumah pelanggan

“Aku pergi kerja nak cari duit..” Wanita dirogol ketika servise penapis udara di rumah pelanggan

 

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita pekerja produk penjagaan air dan udara terkemuka negara menjadi mangsa rogol ketika datang ke rumah seorang pelanggan bagi melakukan servis penapis udara.

Aku pergi kerja cari duit, bodoh!

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, mangsa sambil menangis berkongsi mengenai insiden buruk yang berlaku sehingga menyebabkan dirinya trauma.

“Saya tak kuat sebenarnya. Cerita dia, mereka ‘twist’ plot itu. Jadi, tolong saya…Saya mangsa keadaan. Aku pergi kerja nak duit, bodoh!”katanya.

Kalau aku rela, aku takkan berdiam diri macam ni

Di ruangan kapsyen, mangsa memberitahu jika dia rela diperlakukan sebegitu, dia tidak akan tergamak membuat laporan polis dan rasa trauma seperti sekarang ini.

Malah, wanita tersebut lantas pergi ke hospital berhampiran bagi melakukan pemeriksaan

Difahamkan, video tersebut telah dipadam oleh pengguna tersebut. Bagaimanapun, diharapkan agar urusannya dipermudahkan dan si pelaku dapat balasan setimpal atas kelakuannya.

Kasihan tengok seorang wanita sedang bertungkus-lumus mencari rezeki akhirnya menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah pelanggan.

Sumber: TikTok @_eizalaila