Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies tersebar lagi, ‘siap baring atas peha’

Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies tersebar lagi, ‘siap baring atas peha’

Terdahulu, Ruhainies sempat mencetuskan tanda tanya mengenai pemakaian busana ala-ala Bollywood. Hal itu selepas dia yang siap berinai telah berkongsikan klip video di laman Instagram beserta hashtag ‘One Step Closer‘. Apa yang mencuri tumpuan adalah jejaka misteri di sebaliknya sehingga ramai mendakwa figura tersebut telahpun berkahwin.

Jejaka disebalik Ruhainies adalah Zul Ariffin, klip video hanya bertujuan promosi

Selepas lama berteka-teki, akhirnya pelakon itu mula mendedahkan perkara sebenar. Difahamkan, video tersebut dibuat hanyalah ingin melancarkan sebuah produk sambil menggunakan tema berkenaan. Malah, tanda pagar yang digunakan sebelum ini untuk menggambarkan sebuah pernikahan juga bukanlah realiti sebenar.

 

Aksi mesra sekali lagi tersebar, Zul siap baring atas peha Ruhainies

Terbaharu, duo ini sekali lagi menarik perhatian apabila aksi manja yang tersebar di media sosial. Menerusi perkongsian Fyzalbabjan di laman TikTok, kelihatan mereka berdua berada dalam sebuah ruangan. Pada awalnya, Zul hanya tenang berbaring di atas sofa. Selepas beberapa saat, dia kemudiannya terus melentokkan kepalanya pada peha Ruhainies persis sepasang suami isteri.

 

@fyzalbabjan

Love @ruhainies777 🌹

♬ original sound – surajpalshigh

 

Kekadang kita tak boleh mengata lebih takut berbalik kat kita….doakan jelah yang terbaik

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat cukup teruja melihat kemesraan pasangan selebriti itu. Malah, ada juga yang menganggap mereka berdua telahpun berkahwin, namun seakan-akan berkeras ingin menyimpan rahsia.

Mesra Siap Baring Atas Peha, Netizen Syak Zul Ariffin Dan Ruhainies Dah Nikah

Mesra Siap Baring Atas Peha, Netizen Syak Zul Ariffin Dan Ruhainies Dah Nikah

Mesra Siap Baring Atas Peha, Netizen Syak Zul Ariffin Dan Ruhainies Dah Nikah