Aksi lasak Elizabeth Tan berlatih demi watak Ejen Alice tarik perhatian ramai

Aksi lasak Elizabeth Tan berlatih demi watak Ejen Alice tarik perhatian ramai

Penyanyi dan pelakon jelita bernama Elizabeth Tan ini bukanlah baru dalam dunia hiburan tanah air. Lagu-lagunya seperti Knock Knock, Polis Entri, Semua Sudah dan banyak lagi sering dimainkan di radio tempatan.

Selain dari itu Elizabeth Tan turut membintangi filem Abang Long Fadil 3 yang kini masih ditayangkan di pawagam. Memiliki fizikal menarik dan berbekalkan bakat yang ada padanya, Elizabeth Tan sememangnya mempunyai barisan peminat tersendiri.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan selebriti wanita sedang berlatih aksi lasak telah mencuri perhatian warganet. Bukan calang-calang tau aksi yang dilakukan oleh Elizabeth Tan ini!

Berikut adalah perkongsian rakaman Elizabeth Tan berlatih aksi lasak demi watak Ejen Alice yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik selebriti ini sendiri:

 

@elizabethtsm

Ejen Alice masuk balik training lepas 2 tahun 😝 #abanglongfadil3 #fyp #mma

♬ Silhouette Challenge (Instrumental) – DJB

Fuh lain macam padunya ini! Gerakannya memang mendebarkan dan rasanya seperti menyaksikan gaya pelakon luar negara beraksi ketika berlawan. Rasanya Elizabeth Tan antara pelakon wanita yang cukup berbakat dalam melakonkan aksi sebegini.

Apa-apa pun perkongsian rakaman Elizabeth Tan berlatih aksi lasak ini telah meraih lebih sejuta tontonan. Malah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji aksi lasak selebriti ini. Berikut antara reaksi ramai yang dikongsikan di perkongsian tersebut:

 

“Saya sanggup kena lock tangan dua2 belah demi Eli”

Screenshot at Sep 25 17-12-58

“Suka la tengok u punya lakonan…”

Screenshot at Sep 25 17-11-56

“Ni if your husb buat hal..Hahaha habis la dia”

Screenshot at Sep 25 17-11-35

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: