Akibat tersalah laser di saraf optik, pemuda ‘down’ & reda mata kanan jadi buta selamanya

Akibat tersalah laser di saraf optik, pemuda ‘down’ & reda mata kanan jadi buta selamanya

Mata dan penglihatan merupakan anugerah yang terindah dikurniakan buat kita semua. Dengan sepasang mata, kita dapat menjalani kehidupan untuk mencari rezeki dan melihat keindahan disekeliling kita.

Namun, lain pula ujian yang dihadapi oleh pemuda bernama Syed Wildad ini. Dia kehilangan penglihatan kekal di mata sebelah kanannya dipercayai disebabkan oleh rawatan laser yang dilakukan di sebuah hospital.

Menjalani rawatan laser

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Syed Wildad di laman TikTok menceritakan kisah penglihatan mata di sebelah kanan tidak dapat dilihat seperti sebelum ini. Difahamkan, dia telah menjalani rawatan laser bahagian mata pada tarikh 10 Jun 2021 lalu. Dia segera ke hospital dan berjumpa dengan doktor pada 23 Jun 2021 di sebuah pusat perubatan awam sebelum disahkan hilang penglihatan kekal pada mata disebabkan tersalah laser.

Hilang upaya penglihatan

@syedwildad3

Hilang upaya mata kanan kekal..23/6/2021 disahkan oleh dr pakar mata hkl,semoga hati ini terus kuat kehadapan amin #maafxpandaieditvideo

♬ 100 Ways – Jackson Wang

Difahamkan, laser berkenaan telah meninggalkan kesan parut pada bahagian tengah mata yang dinamakan saraf optik atau Macula. Kesan parut yang ada pada Macula itu telah menghalang penglihatannya untuk melihat dengan jelas. Syed Wildad juga enggan untuk mendedahkan nama pusat rawatan telah meskipun di netizen menyarankan supaya dia membawa kes ini ke pengadilan.

Laser terkena pada ‘macula’

@syedwildad3

Reply to @flawsome2905 🙏🏻 sedikit sebanyak yg sy tahu

♬ original sound – Syed wildad – Syed wildad

Sumber: TikTok Syed Wildad