Akibat tekanan hidup, lelaki cuba pecahkan mesin ATM

Akibat tekanan hidup, lelaki cuba pecahkan mesin ATM

Cubaan seorang lelaki berusia 39 tahun memecahkan mesin atm di sebuah bank di Lintang Bukit Penara, Balik Pulau gagal apabila dia berjaya diberkas oleh pihak polis malam tadi, lapor Harian Metro.

Lelaki berkenaan sanggup menaiki bas dari Georgetown ke Balik Pulau sejauh 22 kilometer (km) untuk memecahkan mesin tersebut.

Supritendan Kamarul Rizal Jenal selaku Ketua Polis Barat Daya berkata, pihak pengurus bank membuat panggilan kepada pihak polis selepas sistem penggera keselamatan berbunyi pada jam 9.40 malam.

Anggota polis bergegas ke lokasi kemudian berjaya menahan suspek

Suspek menggunakan absorber atau penyerap kejutan kereta untuk memecahkan mesin tersebut namun gagal. Wang tunai tidak dapat dilarikan dan hanya luar mesin saja mengalami kerosakan.

Suspek yang belum berkahwin didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah dan dipercayai dia juga dibawah pengaruh dadah serta mengalami tekanan hidup semasa melakukan kegiatan tersebut.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kredit : Harian Metro