Akibat dengar khabar angin, isteri sanggup bunuh suami dengan air gula mendidih

Akibat dengar khabar angin, isteri sanggup bunuh suami dengan air gula mendidih

Seorang wanita didapati bersalah kerana membunuh dengan kejam ketika suaminya tidur. Dia dikatakan sanggup menuang air yang mendidih dicampur gula ke atas suaminya di Wirral,Cheshire, England.

Tindakan yang kejam itu dibuat olehnya gara-gara dia mendengar khabar angin mengenai suaminya sehari sebelum kejadian berlaku.

Simbah air mendidih yang dicampur gula

Sekadar gambar hiasan

Pada hari kejadian, Corinna Smith telah pulang ke rumah dan dia mengisi air yang mendidih dengan 3 beg gula di dalam baldi. Ketika suaminya, Michael Baines sedang tidur di katil, dia menuang air yang mendidih berkenaan di badan serta lengan suaminya itu.

Selepas itu, Smith dikatakan terus bergegas pergi ke rumah jirannya dan mengetuk pintu rumah sehingga penghuni tersebut membuka pintu.

Tanpa membuang masa, jirannya itu menghubungi pihak polis dan ambulans setelah mendengar wanita berkenaan mengaku telah menyakiti dengan teruk dan merasa dia telah membunuh suaminya yang berusia 80 tahun itu.

Ketika ambulans telah tiba di tempat kejadian, pasukan perubatan mendapati bahawa Michael sedang menahan sakit dan merengek di tempat tidurnya dalam keadaan kulit lengan kanan serta tangannya mengelupas.

Mengaku campur tiga beg gula

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Namun selepas dua minggu, kesihatan Michael merosot dan telah meninggal dunia.

Smith kemudiannya telah ditangkap polis dan telah didakwa di mahkamah kerana melakukan kecederaan yang teruk serta dituduh membunuh setelah suaminya itu meninggal dunia. Ketika perbicaraan, Smith telah mengaku telah mencampurkan tiga beg gula ke dalam air yang mendidih sebelum dia menyiram air berkenaan ke suaminya.

Hakim Mahkamah Chester Crown mendapati wanita berkenaan telah mencederakan suaminya secara kejam dan menyakitkan sehingga menyebabkan kematian suaminya yang telah dikahwininya selama 38 tahun dan hukuman terhadapnya akan ditetapkan pada 9 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Inspektor Detektif Paul Hughes mengatakan bahawa wanita berkenaan telah membunuh suaminya itu dengan cara yang menyakitkan dan kejam.

Menyiram air yang mendidih ke atas seseorang ketika mereka sedang tidur benar-benar mengerikan dan mencampurkan tiga beg gula dengan air itu telah menunjukkan kesungguhan wanita berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Sumber : Mirror.co.uk