Akak Siam cantik jadi translator untuk netizen Malaysia

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri.
Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo
Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca.
@tubtimcho โรเบิร์ต กระติก#แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ
Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta
Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menarik nafas lega apabila ada seorang wanita yang berasal dari Siam namun menetap di negara ini sudi untuk menjadi translator. Individu tersebut yang dikenali sebagai Suraya Aqila malah turut menjelaskan satu persatu percakapan seorang pengacara sewaktu menemubual ibu kepada Tangmo menerusi satu sesi live.
@itz.siti._
@melisaa.esther Abang & Adik Tangmo nak fight untuk tangmo. Mak tangmo gila harta 😑😣 #tangmo #tangmonida
Nasib ada akak tolong translate…Lama-lama ikut benda ni boleh cakap Thai sudah
Malah kini ramai sekali netizen tertunggu-tunggu video yang dibuat Suraya untuk mengetahui apakah perkembangan terkini mengenai kejadian yang cukup hangat tersebut. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok berkenaan kerana telah sanggup memudahkan kefahaman mereka.