Air mata bercucuran, lelaki ‘pujuk’ lembu bakal disembelih -“Kita jumpa di syurga”
Ibadah qurban sememangnya merupakan antara yang dilakukan semasa hari raya Aidiladha. Biasanya, selepas solat sunat Aidiladha, kariah masjid akan melakukan ibadah tersebut beramai-ramai.
Walaupun pandemik masih menular, namun ibadah tersebut masih tetap diteruskan. Cumanya, ia dilakukan tanpa penglibatan orang ramai bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Air mata lembu mengalir
Namun, seperti biasa, pasti akan ada momen dimana haiwan ternakan tersebut seakan sedih atau tahu dirinya bakal disembelih.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @eykal27 apabila berkongsi video seekor lembu yang bakal dikorbankan menangis apabila air matanya tumpah bercucuran.
@eykal27 berkorban bukan sokmo
Dijual untuk disembelih
Menurutnya, lembu tersebut telah dijual kepada individu yang akan melakukan ibadah qurban pada tahun ini. Jadi, dia ‘memujuk’ lembu tersebut supaya tidak menangis apabila perlu berpisah dengannya.
Dia bahagia di syurga
Melihat daripada video tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan turut berasa sedih apabila momen tersebut dirakam.
Namun, ada juga yang meminta orang ramai tidak menangisi haiwan yng hendak disembelihkan kerana ini merupakan ibadah dan mereka juga sudah dijanjikan yang terbaik di syurga.
Kita tak boleh kasihan
“Kita jumpa di syurga”
Mereka mungkin ada perasaan
Pernah ada pengalaman sama
Tapi ustaz kata jangan kasihan
Diantara lembu2 yang terpilih
Erti pengorbanan sebenar
Sumber: TikTok @eykal27