Ainul Mardhiah diserang sawan, keadaan agak teruk.. bapa pohon doa orang ramai
Minggu lalu, bapa kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin telah memaklumkan yang anaknya semakin sihat apabila sudah sedar dan mesin ventilator juga telah dimatikan.
Berkali-kali diserang sawan
Namun, pagi tadi, Ahmad Safiuddin telah berkongsi khabar kurang baik apabila memaklumkan keadaan Ainul agak ‘teruk’ selepas diserang sawan berkali-kali sejak malam semalam.
Dalam muat naiknya di Facebook, dia memaklumkan yang keadaan anak sulungnya itu seperti sedang ditidurkan walaupun tiada sebarang ubat diberi dan agak berbeza berbanding sebelum ini.
Pihak doktor juga sedaya upaya memberikan rawatan kepada kanak-kanak tersebut.
Ahmad Safiuddin telah menulis yang dia reda dengan dengan apa yang akan berlaku dan meletakkan semua kemungkinan kepada Allah S.W.T.
Saya redha.
Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik
Untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.
Mohon sama2 doakan Ainul. Reda dengan apa yang berlakuDia memohon kepada orang ramai untuk sama-sama berdoa agar anaknya diberi keajaiban untuk kembali sedar dan sihat seperti sedia kala.
Ahmad Safiuddin juga memaklumkan yang jauh disudut hatinya tetap mengharapkan agar Ainul dipanjangkan usia dan membesar di depan mata. Namun, jika sebaliknya, dia reda dengan apa yang berlaku.
“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.
Doakan untuk Ainul Mardhiah kami.” tulinya.
Ibu juga serahkan segalanya kepada Allah
Menjengah ke Instagram ibunya, Nurul Erwani juga memuat naik satu potongan ayat al-Quran dengan merujuk kepada rasa berserah kepada Allah S.W.T andai ada apa-apa yang berlaku.
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sama-sama kita berdoa agar urusan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan.
Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin, Instagram nrlerwani