Ahli Teori Konspirasi Maut Akibat Tak Percaya Covid-19

Ahli Teori Konspirasi Maut Akibat Tak Percaya Covid-19

Impak wabak Covid-19 ini kepada negara kita amatlah teruk sehingga menyebabkan berjuta-juta angka kematian dicatatkan di seluruh dunia. Oleh kerana itulah, kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai cara agar kita tidak mudah dijangkiti pada masa yang sama mengurangkan jangkitan dari semasa ke semasa.

Tetapi, dalam dunia menghadapi wabak ini, ada juga orang yang tidak mengikut Standard Operation Procedur (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan, malahan ada juga orang tidak mempercayai langsung akan kewujudan Virus Covid-19 ini.

Covid-19 yang kini melanda dunia kita kini meragut jutaan nyawa

Kejadian ini benar-benar berlaku di Norway apabila seorang lelaki yang merupakan ahli teori konspirasi bernama Hans Kristian Gaarder dilaporkan maut akibat dijangkitan Covid-19 selepas menganjurkan dua pertemuan di rumahnya pada 6 April yang lalu.

Gaarder yang berusia 60 tahun telah menganjurkan dua pertemuaan di rumahnya pada 26 dan 27 Mac walaupun kerajaan negeri tersebut melarang sebarang bentuk perhimpunan dan majlis bagi mengelakkan daripada virus ini terus berjangkit.

Ahli teori konspirasi, Gaarner maut akibat dijangkiti Covid-19

Difahamkan bahawa tetamu yang menghadiri ‘majlis’ tersebut dipercayai turut dijangkiti Covid-19 dan pihak polis sedang dalam usaha untuk mengesan jumlah sebenar tetamu yang menghadiri pertemuaan itu.

Pihak polis percaya bahawa Gaarner telah jatuh sakit akibat dijangkiti virus tersebut beberapa minggu yang lalu tetapi dirahsiakan olehnya daripada pengetahuan orang lain.

Gaarner merupakan seorang ahli teori konspirasi berprofil tinggi dan aktif dalam melakukan sebarang bentuk konspirasi termasuk berkaitan Covid-19 ini. Gaarner cuma beranggapan bahawa virus ini sama seperti selsema dan tidak percaya akan impak besar yang boleh berlaku akibat dari virus ini.

Kredit: mStarMetro.co.uk