Agong titah lanjutkan tempoh kemuka nama calon PM, kerajaan baharu hingga 2 petang esok

Agong titah lanjutkan tempoh kemuka nama calon PM, kerajaan baharu hingga 2 petang esok

Seperti yang ramai sudah maklum, politik di Malaysia kini diselubungi teka-teki berkenaan pemilihan Perdana Menteri (PM) ke-10 serta pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

Terbaru, pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan di mana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga jam 2 petang esok (22 November).

21 NOVEMBER 2022 – KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

Posted by Istana Negara on Sunday, November 20, 2022

Menurut kenyataan tersebut, perlanjutan itu adalah susulan daripada permohonan daripada ketua-ketua parti politik yang telah diterima oleh pihak istana.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masuh berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau ‘Caretaker Prim Minister’ berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi kerajaan sementara.” tulisnya.

Selain itu, Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.