Aeril Zafrel sempat bawa Wawa ke Langkawi, peminat teka dapat baby boy

Aeril Zafrel sempat bawa Wawa ke Langkawi, peminat teka dapat baby boy

Perkara tersebut turut dikongsikan Aeril menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Aeril dan Wawa bersama ejen-ejennya sedondon mengenakan baju berwarna biru lembut bergambar di kawasan sekitar Langkawi.

“Bawa bercuti dulu. Sebelum berpantang. Cuba teka lelaki ke perempuan?” tulis pelakon filem Sabda Kekasih ini ringkas di ruangan kapsyen.

Wawa yang kini sarat hamil di usia kandungan lapan bulan ternyata telah mencuri perhatian peminat di luar sana apabila ada yang mula meneka jantina anak ke-4 mereka ini.

 

Ramai yang meninggalkan komen bahawa Wawa hamil anak lelaki kerana berpakaian biru sedondon bersama suami selain kerana wajahnya yang semakin berseri.

Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengumumkan bahawa dia mengandung ke-4 setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama Aeril Zafrel.

Pasangan ini juga dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.