Aedy Ashraf gelabah disuntik vaksin, takut jarum tapi tetap jalankan tanggungjawab

Aedy Ashraf gelabah disuntik vaksin, takut jarum tapi tetap jalankan tanggungjawab

Umum diketahui, ramai sudah mula mendapatkan suntikan vaksin bagi satu langkah dalam dunia dilanda wabak Covid 19. Negara kita juga tidak terkecuali untuk disuntik vaksin dan orang ramai tidak kira usia sudah mula mendaftar untuk disuntik vaksin.

Malah ramai juga telah mendapat suntikan vaksin dan selebriti antara yang turut berkongsikan momen mereka dalam mendapatkan suntikan tersebut.

Pelakon, Aedy Ashraf menerusi ruangan Instagram berkata dia telah menunaikan tanggungjawab disuntik vaksin meskipun merupakan seorang yang takut dengan jarum.

Aedy

“Antivaxx yang tumpas. Aku antivax bukan sebab apa pun sebenarnya, sebab takut jarum je.

“But yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Kepada yang takut jarum jugak tu aku paham perasaan korang, but dont worry, jarum dia pakai tu halus je gang, tak rasa pun.” Tulis Aedy Ashraf diruangan Instagram peribadinya.

 

Hantaran video disuntik vaksin bersama nasihat Aedy Ashraf yang juga merupakan seorang takut jarum telah dihujani dengan bermacam-macam reaksi di ruangan komen.

Rakan selebriti yang melihat hantarannya itu juga turut meninggalkan komen mereka terhadap pelakon popular berkenaan.

“Hahaha takda apalah Aedy!!! Yay, berjaya!!”

AedyIMG_20210607_111511

“Rupanya scene nak kena cucuk dalam Projek Anchor tu takut real la”

IMG_20210607_111529