Adik perempuan jadi mangsa 6 adik-beradik melepaskan nafsu, “trauma…”

Adik perempuan jadi mangsa 6 adik-beradik melepaskan nafsu, “trauma…”

Harapkan pegar pegar makan padi, itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan satu situasi di mana seorang bapa sanggup ‘membiarkan’ anak perempuannya yang dijadikan sebagai pemuas nafsu kepada abang-abangya sendiri.

Kisah yang cukup meruntun hati ini, telah diceritakan oleh pemilik rumah kebajikan  yang dikenali sebagai Mama Ezzy kepada pereka fesyen tersohor, Dato’ Rizalman ketika satu program berlangsung.

2 tahun jadi mangsa

 

Difahamkan kanak-kanak perempuan tersebut, telah menjadi mangsa kerakusan enam adik-beradik sendiri selama dua tahun, dan mangsa ketika itu baru sahaja berusia tujuh tahun. Memang kejam!

Masa baca dan dengar ig story dekat IG Dato Rizalman ni rasa nak meletup dada. Dirogol selama 2 tahun oleh 6 adik beradik sendiri, sejak umur 7 tahun!! Tak sekolah, trauma dan hampir gila!

Apa yang lebih mengejutkan apabila si bapa bertindak mengupah peguam bagi membela anak-anak lelaki sendiri yang merupakan ‘suspek’ utama bertanggungjawab kepada apa yang telah terjadi.

Tidak berakhir di situ, si ibu tiri apabila disoal menjelaskan kanak-kanak perempuan itu masih belum ‘cukup umur’ dan sama sekali tidak boleh mengandung walaupun telah melakukan hubungan seks.

Last kali si bapa kena saman sebab cuai jaga anak, benda simple sebab tak betulkan tombol pintu aje membuatkan anak-anak lelaki boleh ceroboh. Adik ni dah 10 tahun baru dia tahu yang adik beradik tak boleh buat benda tu (rogol/sumbang mahram) tu pun sebab dia belajar masa duduk kat hospital.

Berjaya bangkit & mulakan hidup baru

 

Alhamdulillah, adik ni berjaya bangkit dan dah 19 tahun pun.Dia juga yang bantu untuk attend kes baru bagi kemasukan ke rumah perlindungan.

Apa yang lebih merisaukan, apabila mengenangkan apa nasib yang akan terjadi kepada gadis ini jika dia masih menjadi tempat untuk dilepaskan nafsu darah daging sendiri. Walau bagaimanapun, gadis ini berjaya bangkit dan kini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kalau dia langsung tak tahu?Agaknya memang telah didoktrin untuk dia jadi tempat pelampias nafsu abang-abang dia sampailah dia tua, beranak pinak dan dia rasa benda tu normal.

Sumber: Nor Azura