Adik dapat SPM 9A, Azfar Heri hadiahkan Iphone 12… Terus campak phone lama!

Adik dapat SPM 9A, Azfar Heri hadiahkan Iphone 12… Terus campak phone lama!

Personaliti media sosial, Azfar Heri telah memberi kejutan dan hadiah istimewa buat adik perempuannya sempena meraih keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan semalam.

Special video untuk adik tersayang

Hari ni keputusan SPM keluar dan adik saya dapat 9A. Dalam keluarga dia jarang meminta dan selalu belajar rajin-rajin sehingga mendapat keputusan macam tu. Jadi saya belikan telefon baru buatnya. Dah lama dia tak tukar telefon. Semoga hadiah ni membuat adik saya lebih semangat untuk sambung belajar.

Seperti video-video sebelum ini, Azfar Heri memang terkenal dengan pelbagai gelagat lucu semasa merakam video. Sempena video terbaru, Azfar ingin memberi hadiah ‘Iphone 12’ kepada adik perempuannya yang bernama Amirah. Pelbagai cara dan idea telah difikirkan oleh Azfar untuk memberi hadiah tersebut. Akhirnya, dia meminta Amirah untuk masuk ke biliknya dan mengambil hadiah yang sudah dibalut itu.

Sebagai abang, Azfar meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan adik perempuannya itu. Menurut Azfar, Amirah seorang yang rajin belajar dan jarang untuk meminta sesuatu barang yang diingini selama ini. Oleh itu, dia bertindak untuk menghadiahkan Amirah sebuah telefon baru agar adiknya itu terus bersemangat ketika sambung belajar kelak.

Nak jadi adik Azfar Heri

Teringin nak jadi adik Azfar.

Antara sebab murahnya rezeki Azfar ni tengoklah dia appreciate every little things family dia buat and dia selalu cuba happykan family dia dengan apa dia mampu. Proud of you azfarheri!

Bagus abang yang selalu bagi motivasi dekat adik-adik.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian kepada Azfar kerana menghargai setiap orang dalam ahli keluarganya. Paling tersentuh, Azfar menunjukkan sifat seorang abang yang penyayang terhadap adik-adiknya. Netizen suka cara Azfar memberi motivasi kepada adik-adik termasuk para pelajar di luar sana.

Di akhir video tersebut, Azfar mengucapkan tahniah buat semua para pelajar yang menerima keputusan SPM semalam. Jelasnya lagi, dia yakin semua pelajar telah berusaha sehabis baik untuk peperiksaan tersebut.

Sumber: Azfar Heri