“Adik dah janji nak bagi agar-agar pandan dekat kawan-kawan”- anak ‘request’ suruh ayah buatkan
arikh hari lahir merupakan tarikh penting untuk semua orang dan ia merupakan tarikh paling dinanti-nantikan sepanjang tahun. Lagi seronok bila dapat sambut birthday dekat sekolah dengan kawan-kawan. Makanan pun kita bawa dan menjamu selera bersama-sama ketika waktu rehat.
Seperti perkongsian seorang bapa di laman Facebook dan perkara tersebut turut membuatkan warganet terhibur dengan tindakan anak bongsu lelaki tersebut. Comel betul. Kecil-kecil dah pandai!
DAH JANJI NAK BAWA AGAR-AGAR DEKAT KAWAN
Menerusi posting itu, lelaki itu menceritakan ketika dia pulang dari kerja, dia telah menerima sepucuk surat daripada anak bongsunya itu. Dia turut menyatakan anak lelakinya itu mahu membawa agar-agar pandan ke sekolah sempena birthday.
Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu. Kesian pula bacanya nak gelak pun ada.
Sepucuk surat yang ditulis menggunakan pensel itu, si bongsu menyatakan hasratnya untuk membawa agar-agar tersebut ke sekolah kerana dia sudah berjanji akan memberi rakan-rakannya agar-agar tersebut.
Apa yang menarik perhatian warganet ialah dia menjelaskan hukum jika tidak menepati janji seperti yang diajar oleh ustaz di sekolahnya. Alahai…
“Assalamualaikum ayah. Hari ini hari jadi adik. Adik dah janji nak bagi agar-agar pandan dekat kawan-kawan adik. Semalam umie balik kerja lewat. Lepas isyak terus tidur tak sempat nak buat. Boleh tak ayah tolong buatkan dan hantar ke sekolah? Ustaz adik cakap tak tepati janji berdosa masuk api nereka,” tulisnya anak bongsunya.
Atas permintaan sempena birthday anak, abang gagah google dan inilah hasilnya. Agar- agar pandan kalau sedap bagi tahu family kalau tak komplen dekat Haziq.
Sehingga kini, posting itu menerima 36,500 tanda likes dan dibanjiri komen memuji tindakan ayah yang sanggup melakukan apa sahaja. Mereka juga meninggalkan ucapan hari lahir buat Haziq. Didikan yang hebat melahirkan anak yang cemerlang.
Sumber: Facebook Amyrul Almuhaziq