‘Ada satu kaki lagi, boleh je kerja kak..’

‘Ada satu kaki lagi, boleh je kerja kak..’

Walaupun keadaan fizikal tidak sempurna seperti orang lain, ia sama sekali tidak menghalang seorang peniaga burger dalam mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Kisah tentang ‘kegigihan’ lelaki ini diceritakan seorang wanita dikenali sebagai Sheila Alias menerusi satu posting di laman Facebook.

‘Ada satu kaki, tapi boleh je kerja’

Foto: Sheila Alias

Ujar wanita ini, walaupun lelaki ini hanya mempunyai satu kaki dan memerlukan bantuan tongkat dia masih mampu berniaga seperti individu-individu yang lain. Difahamkan, lelaki ini berniaga di Senawang, bermula jam 5 petang hingga 8 malam dan kedainya terletak berhampiran dengan sebuah restoran.

Gigih, ada kaki lagi satu bang, boleh je kerja.  Kakak pun rasa tertampar dek jwapan tu. Guys, ni brother burger yang kakak viralkan kelmarin.

Berbicara lebih lanjut, salah seorang pembeli menjelaskan peniaga burger ini dibantu oleh isterinya bagaimanapun, keadaan isterinya yang baru sahaja bersalin dan masih berada dalam pantang menghalang isterinya untuk berbuat demikian.

Hari ni abang kakak pulak pergi dan interview. Bini baru bersalin masih dalam pantang. Korang pergi sendiri smbil support dia ok.  Janji

Semoga terus dimurahkan rezeki

Sumber: Sheila Alias