Ada kesan calar, lebam di anggota badan, wanita & teman lelaki disyaki dera anak kandung

Ada kesan calar, lebam di anggota badan, wanita & teman lelaki disyaki dera anak kandung

Penderaan kanak-kanak bukan lagi sesuatu isu yang boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Bahkan, saban hari berlakunya peningkatan kes penderaan yang secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak.

Terbaharu, menerusi laporan Sinar Harian terdapat satu kes yang melibatkan seorang wanita dan bersama kekasihnya yang dipercayai mendera anak kandung sendiri.

 

Kesan calar dan lebam

Foto sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Zainal Mohamed memaklumkan pihak polis telah menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana disyaki mendera dua orang anak kandung yang baru berusia dua dan tiga tahun. Difahamkan, orang awam telah menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus pada sekitar 1.00 petang di Jalan Samudera Utara 1 di Batu Caves, semalam.

Hasil pemeriksaan fizikal mendapati anggota badan mangsa terdapat kesan calar dan lebam di bahagian tangan, pipi, kaki dan dagu. Kedua adik-beradik itu telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibu mereka di sebuah rumah flat yang disewa di Taman Samudera, Batu Caves.

Susulan itu, ibu mangsa, teman lelakinya yang berusia 22 tahun serta seorang lelaki iaitu penjaga mangsa berusia 35 tahun ditahan pada 9.30 malam Sabtu bagi membantu siasatan. Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Selayang pada Ahad bagi permohonan tahanan reman.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau dipenjara tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Sinar Harian

COMMENTS