Ada anak kecil & perjalanan jauh? ini tips elak si kecil daripada meragam masa dalam kereta

Ada anak kecil & perjalanan jauh? ini tips elak si kecil daripada meragam masa dalam kereta

 

Jika anda mempunyai anak kecil dan perlu menghadapi perjalanan jauh tambahan di musim perayaan ini yang pastinya sesak dengan jumlah kereta yang banyak, ia mungkin agak sedikit sukar bagi memastikan anak-anak tidak meragam dan sebagainya.

Tapi jangan bimbang, untuk anda yang mempunyai anak kecil dan perlu berjalan jauh selama berjam-jam, ini beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda sedikit-sebanyak mengurangkan tekanan ketika dalam perjalanan.

anak car seat

Pengunaan kerusi bayi dan kanak-kanak mempunyai banyak kelebihan kerana ia direka khas untuk memastikan si kecil selesa sepanjang perjalanan.

Selain keselesaan, faktor keselamatan juga penting kerana car seat dapat melindungi mereka daripada kecederaan serius jika berlakunya perkara yang tidak diingini.

2. Berhenti di RnR

Mungkin bagi orang dewasa anda hanya ingin cepat sampai ke destinasi tanpa perlu berhenti banyak kali di kawasan Rehat & Rawat (RnR).

Namun bagi anak-anak, sangat penting untuk anda berhenti seketika dengan tujuan mereka meregangkan badan ataupun menukar lampin dan menggantikan baju yang baharu bagi memastikan si kecil lebih selesa.

Beri makan dan minum ketika berada di kawasan rehat, dan elakkan menyuap susu botol ketika kenderaan sedang bergerak kerana ia boleh meningkatkan risiko tersedak dan tercekik makanan.

3. Sediakan barang kelengkapan bayi secukupnya

barang kelengkapan bayi

Pastikan barang kelengkapan bayu seperti lampin pakai buang, selimut, tisu basah, pakaian dan susu disediakan secukupnya.

Letakkan di kawasan yang boleh dicapai dengan mudah dan kemas dengan sebaiknya.

4. Mengikut pola waktu tidur bayi

waktu tidur bayi
Rancang perjalanan anda mengikut waktu tidur bayi bagi mengelakkan masalah bayi meragam di dalam kereta.

Dengan cara ini, ia boleh mengurangkan tekanan dan gangguan kepada pemandu berikutan terpaksa melayan karenah si kecil yang menangis atau sebagainya.

5. Sediakan makanan ringan atau snek

Anda mungkin boleh menyediakan snek sihat dan bernutrisi buat bayi dan anak kecil bagi mengelakkan perhatian mereka daripada meragam atau ‘buat perangai’ sepanjang perjalanan.

Selamat mencuba!