“Abang viva gentlemen”, Abang viva dipuji berani lamar awek dalam live

Sudah tentu ramai yang masih lagi ingat akan peristiwa hitam yang sempat melumpuhkan hampir keseluruhan negeri Selangor Disember tahun lalu. Di sebalik peristiwa tersebut, satu persatu individu tampil memberikan bantuan di samping kehadiran pihak berkuasa serta pasukan penyelamat. Salah seorang daripadanya adalah Abang Viva yang cuma datang berbekalkan wang saku RM50 berserta sebuah bot kecil.
Akui dah ada cinta hati, sebelum ni ramai ingat dah berkahwin
Sejak itu, nama Abang Viva tak lagi asing selain turut dilihat kerap kali tampil menghulurkan bantuan dengan menggunakan kudrat yang ada. Beberapa bulan yang lalu, Azwan Omar yang berasal dari Melaka ini mengakui sudah pun mempunyai cinta hati selepas diasak pihak media. Terdahulu sebelumnya, ramai menyangka lelaki ini sudah berkahwin susulan tular gambarnya bersama 2 orang kanak-kanak yang rupanya anak saudara.
Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, semalam nama Abang Viva kembali hangat selepas melakukan sesi live bersama seorang wanita bernama Evanoza. Siapa sangka tiba-tiba sahaja pemuda tersebut mengeluarkan ayat seakan-akan melamar perempuan itu. Dalam keadaan tidak percaya, Azwan turut mengeluarkan sebentuk cincin sehingga membuatkan insan itu terus terkedu.
@arianaevee Semoga cepat2 kahwin aminnn☺️☺️
♬ Dj Pargoy Jedag Jedug Terbaru Anti Senggol (Full Bass) – Arkadimitrie