Peserta SUKMA tiba-tiba pengsan waktu pertandingan angkat berat, satu dewan cemas
Bermula 16 September lalu telah pun bermulanya penganjuran kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20. Temasya kali ini pula diadakan di sekitar Lembah Klang, manakala atlet ditempatkan di beberapa buah universiti tempatan. Sehingga semalam, Johor masih lagi di kedudukan teratas dengan merangkul 69 pingat emas disusuli Wilayah Persekutuan serta Terengganu.
BACA: Gara Gara Salah Lirik Pula Minggu Ini, Ifa Raziah Jadi Peserta First Tersingkir
Sedih tengok kawan bila blackout
Ketika dalam satu acara untuk permainan angkat berat, malah berlaku satu kejadian yang cukup mengejutkan ramai. Pada awalnya, seorang peserta yang mewakili pasukan Kedah dilihat tampil ke pentas dengan yakin dan tiada masalah untuk mengangkat beban seperti dipertandingkan.
@rockyou6461 Sedih tengok kawan apabila Blackout☹️☹️☹️#ditajafyp #ditajaolehfyp #ditajaolehdirisendiri #sukmaxx #weightliftingkelantan
Peserta angkat berat pengsan?
Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja atlet berkenaan tiba-tiba pengsan ketika sedang menahan ‘pemberat’ berkenaan untuk beberapa ketika sebagai kelayakan. Mujurlah besi angkat berat tersebut tidak terpelanting ke arah mana-mana bahagian badan pemuda berkenaan. Sejurus kejadian, pasukan perubatan yang sudah standby berdekatan terus bergegas untuk periksa keadaan peserta tersebut.
@ajaitahiron SUKMA XX 2022 MALAYSIA PESERTA ANGKAT BERAT PENGSAN? #guagelaman #tiktokgelaman #juragangelaman #fyp #viral #kangean
Pitam dan gelap mata sebab tekanan pada leher dia…Nasib baik tak hempap tangan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup risau dan turut merasa cemas dengan situasi yang menimpa remaja tersebut. Dalam pada itu, ramai juga dilihat bertanyakan apakah agaknya keadaan terkini atlet berkenaan selepas pitam sebegitu.
Kredit: TikTok Juragan Gelaman & Jack Sparrow