“Kali ni jauh lagi handsome..” pernah viral dikhianati bekas suami, Nur Amirah dan jumpa pengganti baru?
Sebelum ini, Nur Amirah pernah viral susulan konflik rumah tangga tahun lepas sejurus terbongkar kisahnya dikhianati bekas suami selama ini. Meskipun sedang diuji hebat, tetapi influencer merangkap usahawan terkenal ini menjadi inspirasi ramai kerana sentiasa menonojolkan sisi peribadi yang tabah.
Almost 2 tahun…akhirnya, dah berubah status
Setelah berusaha pelbagai cara demi mempertahankan rumah tangga, Nur Amirah nekad memfailkan perpisahan kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Hampir 2 tahun naik turun mahkamah, ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata ini akhirnya berjaya menuntut keadilan buat dirinya sekitar Januari lalu.
‘Dating‘ bersama kawan lama…Nur Amirah dah jumpa pengganti baru?
Baru-baru ini dia mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video ‘dating‘ di taman tema Genting Highlands. Difahamkan, jejaka bertuah tersebut adalah rakan lamanya juga yang dikenali sejak zaman student dahulu. Sambil menyatakan ucapan terima kasih kerana sudi menerima dirinya pada ruangan kapsyen, Nur Amirah seakan memberi ‘hint’ tentang kehadiran pengganti baru dalam hidupnya.
@nuramirah111 Terima kasih terima diri ini 😜 #fyp #facemaskkayra #tudungbynuramirah
Yang kali ni jauh lagi handsome, muka pun nak sama dengan kak Mira…dah upload kena bagi jadi, Inshaallah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan setakat tumpang gembira menyaksikan video ‘sweet’ berkenaan. Malah rata-rata mereka puji wajah jejaka tersebut amat tampan, sekali gus cukup sepadan dengan Nur Amirah. Secara keseluruhannya, posting tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini.
Kredit : TikTok nuramirah111