“Tunggu rakyat mengamuk ke? Kes Selangor dah naik 4000 lebih!” – Janna Nick
Pelakon terkenal, Janna Nick ungkap rasa marah beringkutan melihat pada kes positif COVID-19 harian sudah mencecah lebih 8000 kes pada 8 Julai, semalam.
Menerusi perkongsiannya di laman media sosial Instagram, dia memuatnaik paparan grafik yang menunjukkan kes COVID-19 harian pada 8 Julai mencacat sebanyak 8,868 kes.
Memang sengaja tunggu rakyat mengamuk ke? Rakyat Malaysia pula yang memang sejenis penyabar. Selagi kita duk #rakyattolongrakyat lagi naik lemaklah yang dekat atas nuh. Buat kerja betul-betul boleh tak?
PKP lah, PKPD lah, MCO, CMCO, RMCO! Kes Selangor dah naik 4000 lebih! PKPD apanya? Kereta penuh kat jalan. Tak payah update daily cases dah.
Tambahnya lagi, rakyat tidak akan marah jika PKP dilaksanakan dan kes positif COVID-19 di negara ini menurun, namun apa yang sedang berlaku sekarang ini sebaliknya pula.