90 hari selepas ‘berkahwin’ dengan diri sendiri, kini model umum dah ‘bercerai’

90 hari selepas ‘berkahwin’ dengan diri sendiri, kini model umum dah ‘bercerai’

Menurut Mirror, selepas 90 hari berkahwin dengan diri sendiri, seorang model dari Brazil dilapor mengumumkan ‘perceraian‘ selepas menjalin hubungan dengan kekasih idaman hatinya.

Berkahwin dalam satu majlis rasmi yang diadakan pada September lalu,  Cris Galera, 33, sebelum ini mengatakan bahawa dia sudah terlalu bosan bergantung kepada lelaki.

Namun ,perkahwinannya itu tidak bertahan lama kerana dia telah bertemu dengan seseorang yang istimewa dan jatuh cinta walaupun telah bersumpah akan hidup seorang diri.

“Saya mula percaya pada cinta bila saya bertemu dengan seseorang yang istimewa ini,” katanya.

Mengulas mengenai perkahwinannya, Cris mengatakan bahawa dia pada ketika itu takut untuk hidup berseorangan namun dia sedar bahawa dia perlu menyayangi diri sendiri dan memutuskan untuk meraikannya.

“Pada satu tahap saya merasakan bahawa saya sudah matang dan boleh menjadi seorang wanita yang kuat,” katanya lagi.