70 peratus wanita Malaysia reject lelaki gaji bawah RM5 ribu, rela membujang

Nampaknya ramai lelaki Malaysia yang takut nak berkahwin lepas baca kaji selidik ini.

Kaji selidik yang dilakukan Sweet Ring baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Memetik laporan China Press, laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Ada yang sanggup tak nak kahwin jika gaji kurang dari RM5,000

Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Manakala 30 peratus responden wanita menunjukkan, mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Bagi lelaki, gaji RM3,000 dah boleh kahwin

Namun bagi pandangan lelaki berbeza pula. 60 peratus daripada lelaki menganggap gaji diantara RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.

Maknanya lelaki bergaji bawah RM3,000 tiada siap yang nak? Agak-agak berapa anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan? – CC