7 tahun tak jumpa, isteri tergamak minta cerai, lelaki menangis datang majlis kahwin bekas isteri..

7 tahun tak jumpa, isteri tergamak minta cerai, lelaki menangis datang majlis kahwin bekas isteri..

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan merasai asam garam berumah tangga. Oleh itu, setiap pasangan perlu bertolak ansur bagi mengelakkan daripada pertengkaran terus berlaku. Namun, tidak semua orang mampu mempertahankan perhubungan yang dibina.

Begitulah juga yang dilalui lelaki ini selepas dia dan isteri telah sah bercerai. Tetapi apa menarik perhatian ramai apabila melihat lelaki ini menangis ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas isterinya.

 

7 tahun tak bertemu

Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan di TikTok Ipul, memaparkan lelaki ini cuba untuk menahan dirinya daripada mengalirkan air mata tetapi siapa sangka, dia akhirnya tewas. Ipul yang memakai tshirt berwarna merah ini tidak dapat menahan sebak terus menangis apabila melihat bekas isterinya itu bersama lelaki lain di atas pelamin. Bercerita dengan lebih lanjut, Ipul memaklumkan dia dan isterinya sudah hampir 7 tahun tidak berjumpa.

Namun selepas berjumpa, isterinya itu ingin menuntut cerai semata-mata mahu berkahwin lain. Apa yang membuatkan dirinya sedih apabila kepulangannya selepas 7 tahun dikejutkan dengan majlis pernikahan bekas isterinya. Tidak dapat digambarkan bagaimana hancurnya perasaan lelaki ini tetapi menurut netizen, tempoh 7 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat lama dan kemungkinan wanita terbabit sudah pun berubah hati.

Menangis tengok bekas isteri nikah

@ipul…lampung123

♬ original sound – #Anang@mahrup – Anang@mahrup05

@ipul…lampung123

♬ original sound – ipul – ipul

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen sempat memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini dan mendoakan agar dia diberi ketabahan serta kekuatan. Tidak kurang juga, ada yang menasihati Ipul supaya tidak patah semangat kerana seorang wanita sebaliknya terus bangkit dan kuat dalam menjalani hari-hari mendatang.

Sumber: Ipul Lampung