6 tahun jadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung

6 tahun jadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung

Gara-gara tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu serakah bapa kandung selama 12 tahun, seorang wanita tampil membuat laporan polis berhubung kegiatan terkutuk bapanya itu.

Dicabul bapa kandung

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 18 tahun tersebut yang mendakwa dicabul bapa kandungnya di ruang tamu rumah di Taman Seri Delima, Pulau Pinang pada hari Selasa yang lalu.

Menurut mangsa dalam kejadian jam 6.30 petang itu, dia didatangi bapanya yang kemudian merabanya. Ketika itu ibu mangsa berada di bilik air dan apabila ibunya keluar, lelaki memberhentikan perbuatannya. Mangsa mendakwa dia juga dicabul dan dipaksa melakukan seks oleh bapanya sejak berusia enam tahun dan perkara itu berlaku hampir setiap hari, selain pernah liwat ketika berusia 15 tahun.

Ujar Shafee, mangsa sudah tidak tahan dengan perbuatan bapanya sehingga nekad membuat laporan polis sejurus kejadian terbaru.

Anak sulung daripada dua beradik

Sebelum ini mangsa tidak melaporkan perkara itu kerana trauma dan takut dengan bapanya, selain tidak mahu menjejaskan hubungan antara ibu bapanya. Mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik dan ibunya pula adalah suri rumah.

Sewaktu pihak polis datang ke rumah mangsa, suspek yang berusia 45 tahun itu telah tiada dan dipercayai melarikan diri.

Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan untuk membantu siasatan kes ini. Polis mengambil lima spesimen barang kes yang berkaitan di rumah mangsa untuk siasatan lanjut, selain membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menjalani pemeriksaan.

Sumber: Harian Metro