55 buah kenderaan bernombor plat Singapura diarah patah balik di sempadan Johor

55 buah kenderaan bernombor plat Singapura diarah patah balik di sempadan Johor

Setakat 3 April lalu, sebanyak 55 buah kenderaan bernombor plat Singapura diarah patah balik di pusat pemeriksaan sempadan Singapura-Malaysia sejak sempadan di buka semula.

Kenderaan bernombor plat Singapura patah balik

Ia berikutan penguatkuasaaan peraturan baru yang mengkehendaki mana-mana kenderaan Singapura yang ingin memasuki Malaysia perlu memastikan jumlah minimum bahan api sekurang-kurangnnya tiga perempat daripada tangki.

Memetik Mothership, Kastam Singapura berkata, mana-mana pemandu yang didapati mengingkari mengikut peraturan itu boleh dikenakan kompoun lebih RM1,500 atau didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, rata-rata hanya diberi hukuman yang lebih ringan seperti diminta berpatah balik di pintu sempadan sekiranya mereka ditangkap melanggar peraturan tersebut.

Selain itu, jika pemandu didapati mengubahsuai tangki pada kenderaan mereka, pemandu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan mengubah peralatan mengukur bahan api yang tidak sah.

Dalam laporan lain, KPDNHEP Johor Bahru telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Lingkaran Dalam, Jalan Tampoi, Senai dan Kulai. Pemantauan rutin ini dijalankan bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna petrol RON95.

Setakat 5 April, sebanyak 10 stesen minyak telah diperiksa bermula dari 9.00 malam melibatkan pelbagai jenama stesen minyak. Selain daripada peringatan kepada pekerja di stesen minyak, teguran juga diberikan kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran negara asing agar tidak membeli RON95.

Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, KPDNHEP Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang sedia ada.