500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik

500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, segelintir rakyat di ibu kota dipercayai cuba untuk pulang ke kampung halaman setelah diumumkan larangan merentas negeri oleh Dato Seri Ismail Sabri, baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat memaklumkan kira-kira 500 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai surat merentas negeri.

Diarahkan berpatah balik

Difahamkan, lebih 500 kenderaan yang cuba masuk ke negeri Kelantan dipaksa untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai surat merentas negeri yang sah dengan kebenaran pihak polis. Rata-rata rakyat yang cuba untuk pulang ke kampung telah memasuki jalan utama ke Kelantan iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Malah, ada di antara mereka juga hanya menunjukkan surat merentas negeri tanpa pengesahan pihak polis bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Anggota yang terlibat akan bekerjasama mengawal pergerakan masyarakat termasuk di lebih 30 laluan kecil atau lorong tikus.

Tujuan PKPD ini adalah untuk memudahkan tugas kesihatan membuat ujian saringan Covid-19, kalau rakyat beri kerjasama maka kita dapat buat cepat dan terima keputusan. Saya harap masyarakat di sini berilah kerjasama untuk memudahkan urusan.

Sumber: Bernama