5 tahun jaga jodoh orang, pemuda nangis datang majlis kahwin ‘ex girlfriend’

5 tahun jaga jodoh orang, pemuda nangis datang majlis kahwin ‘ex girlfriend’

Tak dinafikan, bukan semua orang boleh melupakan kisah silam dalam hidup masing-masing, misalnya bekas kekasih. Menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih bukanlah suatu yang mudah lebih-lebih lagi buat mereka yang masih belum ‘move on’.

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang pemuda menangis ketika menghadiri majlis pernikahan bekas teman wanitanya.

 

Nangis datang majlis kahwin bekas kekasih

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok kelihatan seorang pemuda dari Indonesia yang dikenali dengan nama Iwan Seppriandi berada di dalam kereta seakan mengumpul kekuatan untuk hadir ke majlis bekas kekasihnya itu. Belum sempat menjejak kaki ke lokasi majlis, pemuda ini sudah tidak dapat menahan sebak sebelum mengalirkan air mata. Siapa sahaja yang tidak sedih apabila perhubungan yang terjalin selama 5 tahun berakhir dengan satu perpisahan.

Ini ya dinamakan jaga jodoh orang 5 tahun?

Namun, dia masih gagahkan diri ke majlis tersebut dan setibanya di sana luluh hati si pemuda ini apabila melihat dari jauh bekas teman wanitanya tersenyum gembira bersama suami di atas pelamin meraikan hari bahagia mereka. Berdasarkan video pendek itu juga kelihatan pemuda ini yang sedang bersedih sempat ditenangkan oleh rakan-rakannya yang lain.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda ini selain tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Malah mereka juga mendoakan agar pemuda ini akan dipertemukan jodoh dengan insan yang lebih menghargainya.

Video

Video Player

Respon netizen

Sumber: Iwan Seppriandi