5 filem Malaysia laku di luar negara yang ramai tak tahu

5 filem Malaysia laku di luar negara yang ramai tak tahu

 

Akhir-akhir ni, industri perfileman negara kelihatan makin maju dengan penerbitan filem-filem berkualiti tinggi yang best gila sampai mencetuskan fenomena seperti filem Mat Kilau dan Polis Evo.

Sudah tentu, movie ciptaan Malaysia seperti ni memang hampir dengan level-level filem overseas tau.

Apa yang lagi membanggakan, beberapa filem tempatan ni bukan saja laku dalam negara malah, luar negara juga!

Kalau nak tahu filem-filem tersebut, korang boleh baca je artikel ni.

1. Munafik 2

Ramai yang tak tahu 5 filem tempatan ini laku keras di luar negara, no 2 dan no 5 tak pernah viral pun di Malaysia

Filem arahan Syamsul Yusof yang terseram sepanjang zaman ni memang sangat ‘meletup’ ketika ia mula ditayangkan pada 2018. Ia dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan dan Mawi.

Dengan lakonan yang tip-top dan adegan seram yang tak henti-henti, filem ni berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM40 juta hanya dalam 17 hari tayangan sekaligus merangkul gelaran filem tempatan pecah panggung tertinggi dalam tahun yang sama.

Selain Malaysia, ia juga menembusi pasaran luar negara seperti Thailand dan Vietnam. Tak kurang juga, Munafik 2 berjaya mencatat sejarah di Indonesia apabila ditayangkan di lebih 116 pawagam dan memperoleh kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa empat hari je!

2. On Your Mark

Ramai yang tak tahu 5 filem tempatan ini laku keras di luar negara, no 2 dan no 5 tak pernah viral pun di Malaysia

Amaran! Korang akan nangis kalau tonton filem dari Chiu Keng Guan ni. Ia mengisahkan tentang seorang anak muda yang ingin menjadi pelari marathon seperti ibunya.

Akan tetapi, impiannya dihalang bapanya sendiri kerana takut anaknya akan mewarisi sindrom buta dari isterinya.

Filem drama dan kesukanan ini dibarisi pelakon dari China seperti Youhao Zhang dan Yanhui Wang. Disebabkan tu, ia juga telah ditayangkan di negara itu di mana ia mendapat sokongan yang hangat dari peminat.

Tak sangka, baru sehari je tayangan, filem ni telah merekod kutipan pecah panggung iaitu sebanyak RM8.7 juta sekaligus meletakkan ia di tangga pertama carta filem terlaris di China!

3. Mechamato Movie

Ramai yang tak tahu 5 filem tempatan ini laku keras di luar negara, no 2 dan no 5 tak pernah viral pun di Malaysia

Kalau karya Nizam Abdul Razak ni, memang akan laku keras punya di dalam dan luar negara. Mana taknya, siri Mechamato pun dah berjaya tawan bukan satu tapi 65 buah negara tau! Disebabkan tu, bila filemnya keluar je, memang laku teruk!

Ia juga merupakan hasil kerjasama Animonsta Studios dan Astro Shaw dan disiarkan pada akhir tahun 2022. Sungguh tak sangka, lepas 98 hari ditayangkan, ia memperoleh kutipan lebih RM35 juta sekaligus menjadikannya sebagai filem animasi tempatan paling laris, mengalahkan beberapa filem animasi dari Hollywood seperti Big Hero 6 dan Incredibles 2.

4. Pulau

Ramai yang tak tahu 5 filem tempatan ini laku keras di luar negara, no 2 dan no 5 tak pernah viral pun di Malaysia

Filem tempatan paling kontroversi yang diarahkan oleh Eu Ho ini mendapat tentangan hebat dari netizen kerana menampilkan banyak adegan panas yang tak sesuai untuk tontonan umum.

Disebabkan tu, filem seram ni hanya memperoleh kutipan sebanyak RM3.4 juta saja dalam negara.

Namun begitu, ia menunjukkan prestasi yang baik di luar negara apabila berjaya memperoleh RM700 ribu di Kemboja manakala RM800 ribu di Vietnam. Malah, ia turut ditayangkan di luar negara tanpa sebarang adegan yang dipotong.

5. Abang Adik

Ramai yang tak tahu 5 filem tempatan ini laku keras di luar negara, no 2 dan no 5 tak pernah viral pun di Malaysia

Terbaru, filem Abang Adik merupakan arahan sulung Jin Ong yang menampilkan dua pelakon utama iaitu Wu Kang-ren dari Taiwan dan Jack Tan yang dilahirkan di Malaysia.

Ia menceritakan tentang dua anak yatim piatu yang mengharungi kehidupan miskin di kota Kuala Lumpur. Tambahan lagi, mereka hidup tanpa sebarang dokumen peribadi di kawasan pasar basah yang terkenal di Pudu.

Memang tak disangka, filem ni laku dekat luar negara apabila ia memperoleh kutipan sebanyak RM6.5 juta sekaligus mendominasi carta pecah panggung di Taiwan sejak ia ditayangkan 1 Disember lalu.

Yang membanggakan, filem tempatan ni juga telah merangkul banyak anugerah luar negara seperti trofi Golden dan White Mulberry serta mengaut tiga hadiah utama di Festival Filem Far East Ke-25 di Udine, Itali.

Berita baiknya, ia akan mula ditayangkan hari ini (14 Disember 2023) di 82 pawagam tempatan seluruh negara. Sekali lagi, kalau nak tonton filem ni, korang kena sediakan tisu.