5 CEO Muslim terkaya di dunia, yang paling kaya hartanya dianggarkan USD16 billion

Kita mungkin selalu mendengar kisah CEO-CEO terkaya dunia seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Bill Gates dan ramai lagi. Bagaimana pula dengan individu-individu Muslim terkaya di dunia?

Siapa mereka dan apa yang mereka lakukan jarang diketahui umum. Jom kami sajikan anda dengan beberapa orang CEO Muslim yang terkaya di dunia.

1. Putera Al-Waleed Bin Talal Al-Saud

Kredit Gambar: Middle East Eye

Putera Al-Waleed Bin Talal Al-Saud bukan sahaja memiliki gelaran sebagai CEO Muslim terkaya di dunia, tetapi juga salah seorang individu terkaya di dunia. Beliau merupakan putera dan cucu Raja Arab Saudi yang pertama iaitu Raja Abdul Aziz.

Beliau adalah merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Kingdom Holding Group.

Kekayaannya dianggarkan sekitar USD16.0 bilion.

2. Iskandar Makhmudov

Kredit Gambar: Wikipedia

Iskandar Makhmudov adalah ahli perniagaan Rusia yang dilahirkan di Uzbekistan. Beliau terlibat dalam beberapa industri, termasuklah industri pengangkutan dan perlombongan.

Beliau kini merupakan pemilik Uralskaya Gorno-Metallurgicheskaya Kompaniya (UGMK) Holding dan merupakan pengeluar tembaga kedua terbesar di Rusia pada masa kini.

Kekayaan yang dimilikinya adalah sekitar USD9.7 bilion.

3. Azim Premji

Kredit Gambar: Business Today

Azim Premji adalah warganegara India yang memiliki syarikat teknologi maklumat, Wipro Limited. Pada asalnya, syarikat ini menghasilkan produk minyak terhidrogenasi.

Setelah kematian bapanya, Azim mengambil alih syarikat itu dan terus mengubah arah syarikat tersebut kepada industri teknologi maklumat.

Kekayaannya dianggarkan sekitar USD8.6 bilion.

4. Mohammed Hussein Al-Amoudi

Kredit Gambar: Middle East Eye

Dilahirkan di Ethiopia, Mohammed Hussein al-Amoudi menetap di Arab Saudi kerana ayahnya berasal dari sana. Pada awal kerjayanya, beliau menceburkan diri di dalam sektor pembinaan dan hartanah sebelum menubuhkan sebuah membangunkan syarikat petroleum dan biofuel yang dikenali dengan nama Preem.

Selain itu, beliau turut memiliki syarikat Saudi Star Agricultural Development yang telah mengusahakan ribuan ekar tanah untuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kopi, teh, bunga dan sawah di luar Arab Saudi termasuk di Ethiopia.

Kekayaan beliau dianggarkan sekitar USD8.1 bilion.

5. Mohamed Bin Issa Al-Jaber

Kredit Gambar: Gulf Business

Beliau merupakan ahli perniagaan dari Arab Saudi. dan merupakan pengasas dan CEO bagi syarikat MBI International.

Kumpulan syarikat ini memiliki beberapa perniagaan termasuklah JW Hotels and Resorts, Jadawel International Continent Oil dan juga AJWA Group yang memfokuskan pelaburan dalam hartanah dan hospitaliti.

Kekayaannya dianggarkan sekitar USD7.1 bilion.

Orang Islam Perlu Kaya Untuk Bantu Orang Lain

Tahukah anda, ada juga ahli perniagaan Muslim yang sememangnya hebat dan cemerlang dalam perniagaan yang diceburi mereka. Masa zaman Nabi Muhammad SAW pun ramai para sahabat yang kaya-raya dan banyak membantu orang susah dan memperjuangkan Islam.

Semoga kisah CEO Muslim terkaya di dunia ini memberi inspirasi buat kita semua.

Sumber Rujukan: Line Today