3 tahun simpan duit syiling dalam tabung, peniaga kaki lima beli kereta ‘cash’ RM80 ribu
Hasrat seorang penjual kaki lima di Kota Makassar, Indonesia untuk membeli kereta idaman Toyota Rush akhirnya kesampaian apabila dia berjaya membeli kereta tersebut secara tunai. Difahamkan, lelaki ini menggunakan duit syiling yang telah disimpan selama tiga tahun.
Beli kereta tunai guna duit syiling
Foto: Suara.com
Lapor Suara.com, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Asriadi Syamsuddin menjelaskan dia sudah menyimpan niat untuk membeli kereta dan nekad membuat simpanan hasil wang jualannya. Mengulas lebih lanjut, lelaki ini menceritakan kebanyakan duit dalam tabungnya adalah syiling berikutan pemberian pelanggan semasa urusan jual beli dilakukan.
Tidak terasa sudah tiga tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya. Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah.
Pihak kakitangan Toyota turut membantu lelaki ini dalam mengira jumlah tabungannya yang diperlukan bagi membeli kereta idamannya.
Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.
Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (anggaran RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush
Sumber: Suara.com