3 lelaki cedera ketika lupuskan mercun & bunga api di stor simpanan rampasan

3 lelaki cedera ketika lupuskan mercun & bunga api di stor simpanan rampasan
Satu letupan besar berlaku dipercayai ketika proses pelupusan mercun dan bunga api, di stor simpanan rampasan bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, menyebabkan tiga orang cedera, petang tadi.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Daniel Ahmad Kamal, berkata pasukannya tiba di lokasi kejadian jam 6.32 petang.
“Berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi dan terbakar 30 peratus struktur bangunan dan 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan.
“Terdapat tiga orang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Anggota bomba membuat pemadaman dengan mengunakan kaedah pemadaman secara offensive firefigthing dengan memasuki premis dan defensive firefighting pemadaman dari luar bangunan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada jam 7.04 malam.
BERITA LANJUT MENYUSUL…