3 individu mengikuti pakej pelancongan ke angkasa lepas berharga RM222 juta

Tiga lelaki sanggup membayar AS$55 juta (kira-kira RM222.5 juta) seorang untuk menjadi kru penerbangan swasta pertama untuk melawat stesen antarabangsa angkasa lepas (ISS) ditawarkan Axiom Space, lapor Washington Post.

Misi akan diketuai oleh bekas angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Axiom Space, Michael Lopez-Alegría.

Beliau yang pernah menyertai penerbangan ke angkasa lepas sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dengan Nasa akan bertindak sebagai komander.

Tiga lelaki sanggup membayar AS$55 juta (kira-kira RM222.5 juta) seorang untuk menjadi kru penerbangan swasta pertama untuk melawat stesen antarabangsa angkasa lepas (ISS) ditawarkan Axiom Space, lapor Washington Post.

Misi akan diketuai oleh bekas angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Axiom Space, Michael Lopez-Alegría.

Beliau yang pernah menyertai penerbangan ke angkasa lepas sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dengan Nasa akan bertindak sebagai komander. – HM