25,000 botol sambal Nyet terjual dalam sehari, ramai impikan rezeki seperti Kahirul Aming
Usahawan dan influencer terkenal, Khairul Aming menjadi bualan netizen apabila dia mendedahkan jualan perniagaan Sambal Nyetnya pada hari ini sebanyak 25,000 botol telah mencetuskan reaksi orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, dia menunjukkan hasil jualan Sambal Nyet untuk sehari sahaja telah berjaya mengagumkan orang ramai.
@khairulaming 25,000 botol Sambal Nyet sold out hari ni. Terima kasih guys 🥺 #SambalNyet #makanlokal #sambalnyetbykhairulaming
Seronoknya tengok rezeki Khairul Aming!
Mana tidaknya, dengan terjualnya 25,000 botol dalam masa sehari, Khairul Aming telah berjaya meraih RM375,779.58 dan ia menyebabkan netizen mengidamkan seronok apabila melihat rezeki yang melimpah ruah diterimanya daripada yang Maha Kuasa.
Tak pernah rasa sebab tak sempat nak beli
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memaklumkan tidak sempat untuk membeli sambal nyet Khairul Aming kerana sangat pantas terjual dalam masa beberapa minit sahaja.
Bukan itu sahaja, ramai yang menjadikan Khairul Aming sebagai inspirasi mereka untuk berjaya dalam perniagaan dan mendoakan agar rezeki usahawan itu semakin dimurahkan.
Sumber: TikTok @khairulaming