2 tahun tinggal bawah jejambat bersama 5 anak, kisah pesara tentera ini dapat perhatian Rina Harun

2 tahun tinggal bawah jejambat bersama 5 anak, kisah pesara tentera ini dapat perhatian Rina Harun

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kehidupan seorang pesara tentera yang harus tinggal di bawah jejambat bersama isteri dan sembilan orang anaknya. Kisah kehidupan individu yang dikenali sebagai Pakcik Suria ini telah mendapat liputan media dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi sumbangan kewangan kepada keluarga kecilnya itu.

 

Terpaksa berteduh di bawah jejambat

Sumber foto: Malaysia Gazette

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan keluarga ini telah tinggal di sebuah pondok yang dibina di bawah jejambat sejak dua tahun yang lalu. MAIWP sebelum ini telah mendapat maklumat mengenai kesusahan ini dari orang awam pada 10 Jun lalu.

Pakcik Suria membuat keputusan untuk masih tinggal di situ ekoran daripada masalah kewangan yang dihadapinya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sungguhpun mendapat pencen setiap bulan namun pendapatan tersebut tidak mencukupi bagi menanggung isteri dan sembilan orang anaknya. Dia sebelum ini menambah pendapatan dengan bekerja di kedai makan dan mampu menyewa rumah.

Namun sejak PKP, operasi perniagaan tersebut terjejas menyebabkan mereka terpaksa tumpang berteduh di bawah jejambat.

Bantu untuk dapatkan rumah sewa

Sementara itu, MAIWP berkata Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) akan membantu Pakcik Suria untuk mendapatkan rumah sewa buat keluarga ini berteduh.

Baitulmal MAIWP pula bersedia membantu menanggung bayaran deposit dan sewa bulanan rumah tersebut. Pak cik Suria turut akan dibantu melalui bantuan sara hidup secara bulanan bagi meringankan beban ditanggungnya sementara waktu beliau tidak dapat bekerja.

Dapat perhatian Datuk Rina Harun

Kisah kehidupan daif yang dilalui oleh keluarga Pakcik Suria ini turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun yang berkesempatan turun padang melihat sendiri keadaan keluarga tersebut.

Saya melihat bukan sahaja dari segi kebajikan keluarganya tetapi apa yang lebih penting adalah anak-anaknya. Anak sulung 14 tahun, paling kecil 2 tahun yang masih lagi bersekolah, yang memerlukan pendidikan. Jadi ini kita tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan.

Sumber: Malaysia GazetteSinar Harian