10 ahli keluarga Aiman Tino disahkan Positif COVID-19

10 ahli keluarga Aiman Tino disahkan Positif COVID-19

Bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak memaklumkan bahawa dia dan isteri, Hazelina berserta 8 lagi anak mereka telah disahkan positif COVID0-19 sejak sepuluh hari yang lalu.

Yusri, bersama isteri,  Nurisfasha,19, Haikal,15, Alya Mahsuri,12, Nurqaseh,10, dan Nina Izzara,6, kini menjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Manakala anak sulungnya, Nurfara Ain,27, suami Fara, Mohd Zafril,36, serta anak mereka, Muhammad Adam Zafri yang kini berusia sebulan pula kuarantin secara berasingan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Manakala, Aiman Tino tidak dijangkiti wabak tersebut kerana sudah lama tidak pulang ke rumah dan berada di Kuala Lumpur.

Aiman TinoSumber : Google  

Simptom kami alami seperti demam, batuk dan sakit tekak. Cuma yang teruk sekarang adalah isteri sebab dia mengalami asma. Keadaan beransur pulih tapi saya nak ingatkan, COVID-18 bukan benda main-main. Tolong jaga diri semua sebab selagi belum berlaku kepada kalian dan orang tersayang, kalian ingat benda ini tak serius.

Yusri yang dihubungi sebuah media turut memaklumkan bahawa punca jangkita masih belum diketahui namun dia mula menyedari apabila tiba-tiba sahaja demam selepas pulang daripada mengambil dos pertama vaksin.

Terdahulu, kakak kepada Aiman, Fara Hazel ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang memaklumkan bahawa ahli keluarganya positif COVID-19 dan memohon doa orang ramai agar segalanya pulih seperti biasa.

 

SUMBER : Kosmo Online