Zizan Razak suruh Aliff Syukri jadi ketua kampung sebelum masuk politik

Zizan Razak suruh Aliff Syukri jadi ketua kampung sebelum masuk politik

Sebelum ini, pengusaha kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Berikutan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, usahawan tersebut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pemimpin berkenaan di laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila pelawak dan juga pelakon Zizan Razak  tampil memberi komen secara berseloroh mengenai hasrat baharu Aliff untuk menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri pula.

 

Dalam komen tersebut, Zizan memberi ‘amaran’kepada Aliff untuk tidak sesekali merampas posisi yang diimpikannya selama ini.

 

Datuk jangan sailang posisi saya sebagai TPM. Nanti saya tengok dulu (jawatan) yang mana ada kosong untuk Datuk ok? Tapi selepas saya bincang-bincang, macam sesuai Datuk jadi ketua kampung dulu buat sementara. Tengok Datuk boleh handle ke tak..setuju rakyat semua?

Terdahulu, Aliff mencuri tumpuan netizen apabila dia berkongsi borang olok-olok permohonan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu sejurus Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada hari Isini yang lalu.

Malah, usahawan tersebut turut menyimpan cita-cita untuk menyertai politik dengan bertanding pada pilihan raya akan datang dengan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.