“Ya Allah kenapa aku ketuk dia..” – Zarina Zainuddin menangis, kesal bertindak kasar dengan Azil

“Ya Allah kenapa aku ketuk dia..” – Zarina Zainuddin menangis, kesal bertindak kasar dengan Azil

Pelakon Zarina Zainuddin menangis kesal dengan tindakan luar kawalannya yang bertindak kasar kepada anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil.

 

Zarina, 50, yang sebak mengenagkan kejadian itu berkata, dia berasa serba salah kerana memukul anaknya yang diketahui tidak mampu berfikir secara normal seperti remaja lain.

Masa tu saya tengah masak rendang, tiba-tiba Azil datang mengamuk, saya tengah berhadapan dengan benda panas tak sengaja terketuk dia dengan senduk.

Menurut Instagram Zarina Zainuddin, mengakui dirinya sangat sensitif, Zarina sendiri terkejut dan terfikir kenapa dia melakukan sedemikain malah menyesal atas perbuatannya itu.

Sabarkan lah aku Ya Allah, kuatkan lah aku sebab kalau kita tak sabar yang jadi mangsa anak tak berdosa, dia tak tahu cakap, tak tahu apa-apa, tak tahu nak explain nak minta apa.

Kesal dengan apa yang berlaku, pelakon drama iTanggang itu menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya banyakkan bersabar dengan kerenah mereka. Malah, dia sendiri mengakui tidak berhenti berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak istimewa.

Selain Azil, Zarina juga memiliki seorang lagi anak lelaki yang merupakan kembar Azil iaitu Azal yang juga penghidap autisme.