Waspda dengan Ustaz “TikTok” fatwa ganjil dan bercanggah

Waspda dengan Ustaz “TikTok” fatwa ganjil dan bercanggah

Islam sangat menggalakkan amalan tegur menegur dan saling memperingati antara satu sama lain bagi meningkatkan ketakwaan sesama umatnya.

Mereka yang lebih arif dan berilmu juga digesa agar sentiasa membantu untuk memperbetulkan sebarang kekhilafan atau kesilapan dalam kehidupan seharian.

Atas dasar inilah, Ustaz Mohamad Razif Fuad melalui akaun Facebooknya baru-baru ini, telah membuat satu hantaran mengenai teguran yang dibuatnya terhadap “ustaz-ustaz” yang ditemuinya di TikTok.

Beliau yang baru saja seminggu membuka akaunnya sendiri telah menceritakan pengalamannya yang sempat menemui beberapa orang “ustaz muda” di platform media sosial tersebut.

Menyedihkan apabila didapati walaupun “ustaz-ustaz” TikTok yang berusia awal 20-an ini amat berpengaruh serta mempunyai ratusan ribu followers dan jutaan Likes, ‘kelayakan’ sebenar mereka amat diragui.

Dikhuatiri ajaran mereka tidak tepat dan menyimpang kerana tidak mendapat pendidikan agama yang formal, beliau sempat membuat beberapa teguran dan berharap agar orang ramai juga lebih berwaspada melalui hantaran Facebook beliau berikut.

Tangkap layar dari Facebook Mohamad Razif