Warganet kecewa, serang IG Fattah Amin, desak minta pujuk Fazura

Warganet kecewa, serang IG Fattah Amin, desak minta pujuk Fazura

 

Selepas kecoh berita Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, tidak semena-mena akaun Instagram Fattah Amin diserang oleh netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, yang didakwa tidak pandai menghargai isteri yang disifatkan cukup sempurna.

“Fazura punyalah cantik, kecewa aku dengan si Fattah ni.

“Fattah rugi sangat-sangat, lepas ni ramai yang sudah beratur untuk Fazura (pengganti). Dia tak tahu ke isteri dia paling cantik di Malaysia.

“Fazura secantik-cantik macam itu pun kau nak cerai ke?” komen netizen pada hantaran terbaharu di muat naik Fattah.

Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa kecewa dan menasihati pelakon filem Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah ini untuk memujuk kembali isterinya itu.

“Kenapa tak jaga Fazura elok-elok? Seorang isteri takkan mudah minta cerai kalau suami tak buat masalah.

“Entahlah bang (Fattah), ada isteri cantik pun tak nak jaga. Kalau dia buat salah bimbinglah dan pujuk dia. Jadi keluarga yang baik,” tulis netizen.

Pada pagi Jumaat, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Sehingga kini, Fattah masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan usaha mStar mendapatkan pelakon berkenaan turut tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.