Warga emas diragut di hadapan rumah, gelang emas di tangan lesap semua

Warga emas diragut di hadapan rumah, gelang emas di tangan lesap semua

Musim ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, kita semua perlu sentiasa berhati-hati dan waspada dengan keadaan sekeliling kerana kejadian jenayah boleh terjadi pada bila-bila masa. Bukan saja kehilangan barang berharga, malah paling ditakuti keselamatan diri serta insan tersayang juga boleh terancam.

Nenek & mak cik diragut depan rumah pagi tadi

Samalah juga seperti situasi berlaku dalam sebuah klip video yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang warga emas dan wanita dewasa disamun oleh 2 penjenayah bermotosikal. Difahamkan, insiden itu berlaku di hadapan rumah kediaman mereka di Jalan Ikhlas, Bandar Tun Razak, Cheras sekitar pagi tadi dan nombor plat kenderaan suspek juga berjaya diperolehi.

 

[VIDEO] Nenek Diragut Depan Rumah Sendiri, Barang Kemas Di Tangan Lesap Semua

Barang kemas habis lesap diragut 2 pencuri bermotosikal

Berdasarkan rakaman berdurasi 18 saat itu, kedua-dua wanita berkenaan diterjah oleh suspek memakai baju serta topi keledar berwarna hitam. Biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun sayangnya beberapa barang kemas dipakai mereka telah pun diragut. Dalam pada itu, video ini pula dirakam oleh salah seorang penduduk berhampiran yang kebetulan ternampak kejadian ragut itu dari rumahnya.

Kerja tak nak, tapi mencuri siang-siang berani…mesti trauma nenek tu kena ragut depan rumah sendiri

Rentetan tularnya kejadian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan 2 suspek yang sihat tubuh badan tapi tergamak melakukan jenayah secara terang-terangan di siang hari. Selain berharap agar segera diberkas polis, mereka turut menasihati orang ramai agar elakkan pakai terlalu banyak barang perhiasan di luar rumah.

 

[VIDEO] Nenek Diragut Depan Rumah Sendiri, Barang Kemas Di Tangan Lesap Semua

[VIDEO] Nenek Diragut Depan Rumah Sendiri, Barang Kemas Di Tangan Lesap Semua

[VIDEO] Nenek Diragut Depan Rumah Sendiri, Barang Kemas Di Tangan Lesap Semua