Wanny Hasrita selamat menjadi isteri kepada Al Adib Fahmi, Tahniah!

Wanny Hasrita selamat menjadi isteri kepada Al Adib Fahmi, Tahniah!

 

Penyanyi wanita terkenal, Wany Hasrita, 30 sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Al-Adib Fahmi Harun,30 yang berasal dari Kuching, Sarawak apabila melangsungkan pernikahan malam ini di Damansara Perdana, jam 9.11 malam.

Menerusi laporan dari Harian Metro, pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah bin Haji Hassan dengan dua kali lafaz disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Terima mas kahwin sebentuk cincin berlian

Difahamkan, Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Sudah kenal sejak 2019 lagi

Berkongsi mengenai jejaka yang berjaya menakluk hatinya, Wany memaklumkan yang suaminya itu  bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak dan hubungan mereka mula rapat sejak 2019 lagi.

Penyanyi itu juga memaklumkan telah bertunang  pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

Majlis pernikahan ini dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani. Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan Ahad ini di Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)